TENTANG KAMI

Kami menyediakan pakej pakej pelancongan ke destinasi-destinasi menarik didalam negara seperti Tasik Kenyir, Taman Negara, Hutan Simpan Belom, Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhatian, Pulau Tioman, Taman Kinabalu dan lain-lain lagi. Selain itu kami juga menyediakan pakej-pakej pelancongan khusus untuk pelancong Muslim ke negara-negara seperti Indonesia, Thailand, Filiphina, Vietnam, Korea, Jepun, China, Taiwan, Singapura, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, negara-negara Eropah dan negara-negara Timur Tengah serta Afrika. Baik untuk tujuan melancong bersama keluarga, mahupun menyertai siri berkumpulan yang kami anjurkan ataupun melancong bersama kelab rekreasi di syarikat tempat anda bekerja, kami menjanjikan percutian yang terbaik dan menyeronokkan buat anda. Dengan kakitangan yang berpengalaman luas dan berdedikasi, anda pastinya akan bergembira bersama-sama keluarga atau teman tanpa perlu bersusah payah untuk mengaturkan sendiri perjalanan anda, yang kadangkala rumit, remeh dan melecehkan. Sejak beberapa tahun yang lepas, kami telah mengaturkan perjalanan agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat korporat dan individu ke berbagai destinasi pelancongan seperti Bandung, Medan, Bali, Bangkok, Chiangmai dirantau ASEAN sehinggalah ke destinasi-destinasi lain seperti Afrika Selatan, New Zealand, Russia, Turki, Sweden, Norway, Hungary, Switzerland dan lain-lain lagi. Jadi, pastikan anda merasakan keistimewaan pakej yang kami sediakan. Pasti anda bersetuju nanti, kami adalah berbeza.